KEMAHIRAN
BERFIKIR ATAS TINGGI / HOTS
DEFINISI
1. HOTS is defined
as the potential to apply knowledge, skills and values for reasoning
and
reflection.
2. Definisi KPM ;
Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat
penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat
keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
3. HOTS memerlukan
kita melakukan sesuatu dengan maklumat / fakta / idea yang diterima
dengan memberi makna yang berlainan dan implikasi yang berbeza
daripada kebiasaan. • Mesti memahaminya, menggabung dan
menghubungkait antara satu sama lain, mengkategorikan dan
memanipulasinya untuk membolehkan menemui makna dan kefahaman baru •
Menggunakannya seperti mana kita sentiasa mahukan penyelesaian yang
baru kepada setiap permasalahan / peristiwa baru
CIRI ITEM HOTS
Skop yang luas -Pengetahuan asas sebagai keperluan
Fakta • Tidak
spesifik dan merentasi mata pelajaran
• Kandungan
bebas / hubungkait
Bermakna -Boleh
ditaksir dan mencabar
Stimulus •
Situasi baru
• Bukan lazim
bagi murid
• Memberi
maklumat secukupnya kepada calon
Respons murid •
Kepelbagaian
• Boleh
melibatkan lebih daripada satu jawapan
CONTOH PENERAPAN
SOALAN KBAT/HOTS DALAM P&P:
Ali
dan Ahmad nampak seorang tua sedang berdiri di tepi jalan. Orang tua
itu hendak melintas jalan tetapi tidak berbuat demikian kerana rasa
takut dan kereta terlalu banyak. Ahmad terus melintas jalan
sendirian. Ali membantu orang tua itu melintas jalan.
• Mengapakah orang
tua itu tidak melintas jalan?
• Apakah akan
terjadi sekiranya Ali tidak membantu orang tua itu?
• Apakah pendapat
anda tentang tindakan Ahmad dan Ali?
• Bandingkan watak
Ahmad dengan watak Ali.
• Bagaimanakah
orang tua itu boleh melintas jalan sekiranya tiada Ali?