SEJARAH
PUSAT SUMBER SK.TOMBOVO, PENAMPANG
Sekolah
Kebangsaan Tombovo telah dibina dalam tahun 1962 dengan cara
gotong-royong oleh masyarakat setempat diketuai oleh En.Majiani
Mojinil. Bangunan berukuran 22’ x 40’ terletak di atas bukit dan
dirasmikan oleh Ketua Daerah Penampang, OKK En.Ewon Empok pada 31 Mei
1962 dan guru pertama bertugas ialah En.Clement Lotinggi dengan murid
seramai 56 orang.
Pada
16 Oktober 1962, sekolah ini didaftarkan dan dinamakan Native
Voluntary English Primary School (NVEPS). Pengajaran dijalankan dalam
bilik darjah iaitu Darjah Satu dan Dua di bawah pentadbiran Lembaga
Pengurusan Sekolah.
Pada
1 Julai 1963 sama sekolah ditukar kepada Government English Primary
School (GEPS) dan ditadbir oleh Jabatan Pelajaran Sabah dan kuasa
Lembaga Pengurusan Sekolah dimansuhkan.
Pada
1964 bilangan murid meningkat. En.Justin
Polisol dilantik oleh Jabatan Pelajaran Sabah sebagai guru penolong
untuk membantu En. Clement Lotinggi. Pada 1965 bilangan murid
bertambah kepada 95 orang iaitu empat kelas, dan En.Donald Jinni
dilantik sebagai guru penolong. Oleh sebab bangunan tidak dapat
menampung bilangan murid maka rumah Tombovo Kadazan Society
digunakan. Pada 1967 barulah sebuah bangunan baru dibina oleh Jabatan
Pelajaran Sabah yang mengandungi dua bilik darjah, sebuah bilik guru
dan sebuah rumah guru.
Pada
1980 sekali lagi nama sekolah ditukarkan kepada Sekolah Rendah
Kerajaan (SRK) Tombovo. Dalam tahun 1984 bangunan projek kilat tiga
bilik darjah dan pejabat serta bilik rehat guru dibina disamping
sebuah rumah guru berkembar.
Pada
1986 nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Tombovo dan
digunakan hingga ke hari ini. Dalam tahun 1990 sebuah bangunan projek
kilat dibina iaitu tiga bilik darjah dan sebuah unit rumah guru
berkembar. Pada 1998 sebuah rumah guru berkembar dibina dan dalam
tahun 2003 sebuah makmal komputer dibina dan sebuah rumah guru
berkembar dibina untuk menggantikan rumah guru yang usang.
Pada
2007 sebuah bangunan prasekolah telah dibina. Bangunan
ini dapat menampung 25 orang pelajar. Pada 2008 sebuah lagi bangunan
prasekolah telah dibina yang juga dapat menampung seramai 25 orang
pelajar. Pada tahun yang sama, tiga unit bangunan kabin telah dibina
untuk menampung jumlah murid yang semakin bertambah. Setiap bangunan
kabin telah digunakan (percubaan) walaupun belum diluluskan.
Kemudiannya pada tahun 2010, kelas ini mula digunakan. Pusat Sumber
Sekolah yang telah ditempatkan di blok bilik agama dipindahkan ke
blok kabin bersebelahan bilik KIA2M.
Pada
masa kini SK.Tombovo mempunyai 10 blok bangunan mengandungi tujuh
buah bilik darjah untuk p&p, sebuah bilik guru, sebuah pusat
sumber, sebuah bilik Pendidikan Islam, sebuah bilik LINUS, sebuah
bengkel KH, sebuah bilik pemulihan, dua buah prasekolah, sebuah bilik
UBK, sebuah bilik Pusat Akses, sebuah makmal komputer dan yang
terbaru sebuah bilik Bahasa English (program penutur jati) . Bilangan
murid masa kini telah mencapai lebih 500 termasuk prasekolah manakala
jumlah guru seramai 38 orang, lima orang AKS, kakitangan kontrak
(pembersihan) 3 orang dan 3 orang (pengawal keselamatan). Pada bulan
penghujung Oktober tahun 2012, dewan baru sekolah telah siap dibina
bersebelahan bangunan kabin dan blok bilik agama. Hingga kini pihak sekolah
masih meneruskan proses pembangunan dan penambahan fasiliti bagi
keselesaan murid dan staff.
No comments:
Post a Comment