Tuesday, 29 September 2015

PERMOHONAN KE TINGKATAN 1 MRSM SESI 2016

Majlis Amanah Rakyat menerusi portal rasminya akan menerbitkan grafik iklan permohonan kemasukan tingkatan 1 MRSM bagi tahun 2016 untuk pelajar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
Permohonan tersebut adalah dialu-alukan kepada pelajar tahun enam yang telah menduduki peperiksaan UPSR 2015 dan mendapat keputusan cemerlang Untuk makluman, pemohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dan akan dibuka setelah keputusan UPSR 2015 diumumkan secara rasmi Berikut disertakan maklumat berkaitan antaranya prosedur untuk membuat permohonan dan syarat pemilihan kemasukan ke tingkatan 1 Maktab Rendah Sains MARA tahun 2015
PROSEDUR UMUM PERMOHONAN
Pemohon perlu mendapatkan kata laluan secara percuma di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah atau MRSM yang berdekatan pada waktu pejabat bermula pada hari keputusan UPSR 2015 diumumkan secara rasmi JANGAN LUPA bawa salinan Mykid dan salinan keputusan UPSR 2015 yang disahkan benar semasa mendapatkan kata laluan
SYARAT UMUM KELAYAKAN BAGI PELAJAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA
Pelajar dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Semenanjung Malaysia i. Pelajar Bumiputera tahun enam ii. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan Pemohon hendaklah memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015 Pemohon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) Tingkatan 1 dan temu duga pada satu tarikh yang akan diberitahu nanti
SYARAT UMUM KELAYAKAN BAGI PELAJAR DI SABAH DAN SARAWAK
Murid dan Ibu Bapa Mesti Warganegara Malaysia Permohonan ini terbuka kepada pelajar yang bersekolah di Sabah Dan Sarawak i. Pelajar Bumiputera tahun enam ii. Pelajar Bukan Bumiputera tahun enam yang sedang menuntut di Sekolah Kebangsaan atau Sekolah Rendah Kebangsaan Pemohon hendaklah memperoleh keputusan minimum 3A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dapat skor 5A* lagi baik dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2015
CARA DAN TARIKH PERMOHONAN ONLINE PAUTAN DAN BUTIRAN
Setelah mendapat kata laluan yang dikehendaki, pemohon perlu melayari sistem permohonan dalam talian untuk mengisi semua maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan online Klik Sistem Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 Tahun 2016
Nota: Hanya akan diktifkan/ dibuka pada tarikh ditetapkan
Permohonan Dibuka : Akan dikemaskini
Permohonan Ditutup ; Akan dikemaskini
Portal Rasmi MARA   ; http://www.mara.gov.my
Makluman Informasi  : Penambahan maklumat akan dikemaskini kemudian

Tuesday, 27 May 2014

Israk dan Mikraj

Salam perpaduan semua..
Hari ini bersempena dengan sambutan Israk dan Mikraj, mari kita sama-sama membaca dan mengetahui lebih lanjut tentang peristiwa penting Islam ini.
Sebelum Israk dan Mikraj
Peristiwa Israk dan Mikraj memang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad saw. Peristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami oleh Nabi saw dan dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah swt. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya.
Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.
Tahun Dukacita
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa Taif, di mana baginda telah meghadapi cobaan yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda.
Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah.
Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya.
Pembedahan dada/Perut
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu. 
Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i.   Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
 ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a. s. menerima wahyu daripada Allah; 
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);
Perjalanan Israk/ Mikraj
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit  dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
 Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyithoh (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
 Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
 Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
 Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail:Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
 Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua.
 Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
 Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
 Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Ada A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
 Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S
Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S. 
Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu l HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
 Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penjaganya.
 Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
 Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Mengurangkan Waktu Solat Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
 Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah.
Kesimpulan
 Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali tibanya 27 Rejab . Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." 
(Surah Al-Israa': Ayat 1)
 Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my/

Sunday, 16 March 2014

KBAT / HOTS

KEMAHIRAN BERFIKIR ATAS TINGGI / HOTS
DEFINISI
1. HOTS is defined as the potential to apply knowledge, skills and values for reasoning and
reflection.
2. Definisi KPM ; Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
3. HOTS memerlukan kita melakukan sesuatu dengan maklumat / fakta / idea yang diterima dengan memberi makna yang berlainan dan implikasi yang berbeza daripada kebiasaan. • Mesti memahaminya, menggabung dan menghubungkait antara satu sama lain, mengkategorikan dan memanipulasinya untuk membolehkan menemui makna dan kefahaman baru • Menggunakannya seperti mana kita sentiasa mahukan penyelesaian yang baru kepada setiap permasalahan / peristiwa baru

CIRI ITEM HOTS
Skop yang luas                 -Pengetahuan asas sebagai keperluan
Fakta                              • Tidak spesifik dan merentasi mata pelajaran
                                       • Kandungan bebas / hubungkait
Bermakna                        -Boleh ditaksir dan mencabar
Stimulus                          • Situasi baru
                                      • Bukan lazim bagi murid
                                      • Memberi maklumat secukupnya kepada calon
Respons murid                • Kepelbagaian
                                      • Boleh melibatkan lebih daripada satu jawapan

CONTOH PENERAPAN SOALAN KBAT/HOTS DALAM P&P:
Ali dan Ahmad nampak seorang tua sedang berdiri di tepi jalan. Orang tua itu hendak melintas jalan tetapi tidak berbuat demikian kerana rasa takut dan kereta terlalu banyak. Ahmad terus melintas jalan sendirian. Ali membantu orang tua itu melintas jalan.
• Mengapakah orang tua itu tidak melintas jalan?
• Apakah akan terjadi sekiranya Ali tidak membantu orang tua itu?
• Apakah pendapat anda tentang tindakan Ahmad dan Ali?
• Bandingkan watak Ahmad dengan watak Ali.

• Bagaimanakah orang tua itu boleh melintas jalan sekiranya tiada Ali?  

Friday, 15 November 2013

Sunday, 26 May 2013

Manfaatkan Cuti Sekolah



Bertemu kembali! Selamat meneruskan cuti persekolahan. Jangan lupa masukkan aktiviti belajar sebagai salah satu pengisian cuti. Kali ini, dikongsikan tip memanfaatkan masa semasa cuti sekolah.

1. Bijak menggunakan internet.
Elakkan diri daripada menghabiskan masa yang lama dengan melayari internet. Khususnya melayari laman-laman sosial seperti facebook, twitter dan youtube. Kecuali menggunakannya bagi tujuan pembelajaran.
Contohnya ;
  • Melayari portal-portal pendidikan online yang berkaitan dengan mata pelajaran.
  • Memanfaatkan e-mel dan laman sosial bagi bertukar-tukar ilmu dan pengalaman bersama rakan-rakan dan guru-guru.
  • Melayari laman-laman yang boleh meningkatkan pengetahuan am 

2. Ulang kaji secara berkumpulan.
Selain mengulang kaji sendirian di rumah, boleh melakukannya secara berkumpulan. Dengan cara ini dapat bertukar-tukar idea dengan rakan lain khususnya daripada rakan-rakan yang mahir bagi sesuatu mata pelajaran. Secara tidak langsung, ulang kaji berkumpulan juga dapat mengurangkan rasa bosan atau mengantuk.

3. Berkunjung ke Perpustakaan Awam.
Salah satu tempat yang boleh dikunjungi dengan lebih kerap berbanding hari-hari persekolahan biasa adalah perpustakaan awam. Kita boleh mengulang kaji pelajaran di sini dan membuat rujukan. Banyak bahan rujukan yang boleh diperolehi sama ada dalam bentuk buku atau dalam talian (internet). Jika kurang mahir menggunakan perkhidmatan yang disediakan di sini, dapatkan bantuan daripada pustakawan yang bertugas.

4. Mengikuti kelas tuisyen.
Bagi meningkatkan penguasaan terhadap mata pelajaran yang dipelajari di sekolah, bolehlah mengikuti kelas tuisyen khususnya bagi mata pelajaran yang akan diambil dalam peperiksaan UPSR.

5. Menyertai kem-kem motivasi.
Salah satu faktor yang menyebabkan seseorang pelajar itu bersemangat untuk belajar ialah memiliki motivasi diri yang tinggi. Oleh itu, anda boleh menyertai kem-kem motivasi yang lazimnya banyak diadakan pada waktu cuti persekolahan bagi meningkatkan motivasi diri. Membaca buku-buku teknik juga belajar berkesan. Menerusi buku-buku ini, anda akan memperoleh tip-tip dan panduan bagi membolehkan anda belajar dengan berkesan, mudah faham dan mudah ingat isi pelajaran yang dipelajari. 

Semoga tip-tip yang dikongsi ini bermanfaat bagi mengisi waktu cuti sekolah pada kali ini. Selamat bercuti!

Sunday, 13 January 2013

Sesi 2013

Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua murid dan guru-guru.
Sesi 2013 sudahpun bermula hampir dua minggu yang lalu.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Tahun 6 sesi 2012 yang berjaya lulus dalam UPSR masing-masing. Keputusan UPSR 2012 memperlihatkan seramai  dua orang murid perempuan memperolehi 5A,manakala tiga orang murid berjaya mendapat 4A1B. Keputusan keseluruhan bagi setiap mata pelajaran :
BM Kertas 1 - 91%
BM Kertas 2 - 94%
BI - 55%
Matematik - 61%
Sains - 70%

Semoga calon UPSR tahun 2013 ini akan mencapai keputusan yang lebih baik dan cemerlang lagi.