![]() |
| Selamat bercuti semua....jumpa lagi di sesi 2014... |
Friday, 15 November 2013
Sunday, 26 May 2013
Manfaatkan Cuti Sekolah
Bertemu
kembali! Selamat meneruskan cuti persekolahan. Jangan lupa masukkan
aktiviti belajar sebagai salah satu pengisian cuti. Kali
ini, dikongsikan tip memanfaatkan masa semasa cuti sekolah.
1.
Bijak menggunakan internet.
Elakkan
diri daripada menghabiskan masa yang lama dengan melayari internet.
Khususnya melayari laman-laman sosial seperti facebook, twitter dan
youtube. Kecuali menggunakannya bagi tujuan pembelajaran.
Contohnya
;
- Melayari portal-portal pendidikan online yang berkaitan dengan mata pelajaran.
- Memanfaatkan e-mel dan laman sosial bagi bertukar-tukar ilmu dan pengalaman bersama rakan-rakan dan guru-guru.
- Melayari laman-laman yang boleh meningkatkan pengetahuan am
2.
Ulang kaji secara berkumpulan.
Selain
mengulang kaji sendirian di rumah, boleh melakukannya secara
berkumpulan. Dengan cara ini dapat bertukar-tukar idea dengan rakan
lain khususnya daripada rakan-rakan yang mahir bagi sesuatu mata
pelajaran. Secara tidak langsung, ulang kaji berkumpulan juga dapat
mengurangkan rasa bosan atau mengantuk.
3.
Berkunjung ke Perpustakaan Awam.
Salah
satu tempat yang boleh dikunjungi dengan lebih kerap berbanding
hari-hari persekolahan biasa adalah perpustakaan awam. Kita boleh
mengulang kaji pelajaran di sini dan membuat rujukan. Banyak bahan
rujukan yang boleh diperolehi sama ada dalam bentuk buku atau dalam
talian (internet). Jika kurang mahir menggunakan perkhidmatan yang
disediakan di sini, dapatkan bantuan daripada pustakawan yang
bertugas.
4.
Mengikuti kelas tuisyen.
Bagi
meningkatkan penguasaan terhadap mata pelajaran yang dipelajari di
sekolah, bolehlah mengikuti kelas tuisyen khususnya bagi mata
pelajaran yang akan diambil dalam peperiksaan UPSR.
5.
Menyertai kem-kem motivasi.
Salah
satu faktor yang menyebabkan seseorang pelajar itu bersemangat untuk
belajar ialah memiliki motivasi diri yang tinggi. Oleh itu, anda
boleh menyertai kem-kem motivasi yang lazimnya banyak diadakan pada
waktu cuti persekolahan bagi meningkatkan motivasi diri. Membaca
buku-buku teknik juga belajar berkesan. Menerusi buku-buku ini, anda
akan memperoleh tip-tip dan panduan bagi membolehkan anda belajar
dengan berkesan, mudah faham dan mudah ingat isi pelajaran yang
dipelajari.
Semoga
tip-tip yang dikongsi ini bermanfaat bagi mengisi waktu cuti sekolah
pada kali ini. Selamat bercuti!
Sunday, 13 January 2013
Sesi 2013
Selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua murid dan guru-guru.
Sesi 2013 sudahpun bermula hampir dua minggu yang lalu.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Tahun 6 sesi 2012 yang berjaya lulus dalam UPSR masing-masing. Keputusan UPSR 2012 memperlihatkan seramai dua orang murid perempuan memperolehi 5A,manakala tiga orang murid berjaya mendapat 4A1B. Keputusan keseluruhan bagi setiap mata pelajaran :
BM Kertas 1 - 91%
BM Kertas 2 - 94%
BI - 55%
Matematik - 61%
Sains - 70%
Semoga calon UPSR tahun 2013 ini akan mencapai keputusan yang lebih baik dan cemerlang lagi.
Sesi 2013 sudahpun bermula hampir dua minggu yang lalu.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pelajar Tahun 6 sesi 2012 yang berjaya lulus dalam UPSR masing-masing. Keputusan UPSR 2012 memperlihatkan seramai dua orang murid perempuan memperolehi 5A,manakala tiga orang murid berjaya mendapat 4A1B. Keputusan keseluruhan bagi setiap mata pelajaran :
BM Kertas 1 - 91%
BM Kertas 2 - 94%
BI - 55%
Matematik - 61%
Sains - 70%
Semoga calon UPSR tahun 2013 ini akan mencapai keputusan yang lebih baik dan cemerlang lagi.
Subscribe to:
Comments (Atom)
